Gadis Kesal Nasi Lemak Chicken Tempura Diganti Patty Ayam, Kecewa Bayar Mahal Tapi Ditipu. | WeirdKaya

LocalFood
19 Aug 2024 • 1:25 PM MYT
WeirdKaya
WeirdKaya

Community news hub for today's generation of Malaysians

image is not available

Nasi lemak hidangan yang enak sesuai dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Nasi lemak dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk tambahan untuk menambahkan lagi rasa dalam hidangan tersebut.

Baru-baru ini tular satu perkongsian di TikTok milik senpaifa_ memaparkan dirinya ditipu oleh sebuah restoran di ibu kota setelah makanan yang diterima tidak sama seperti makanan yang telah dipesannya.

Menurut gadis tersebut, dia memesan nasi lemak chicken tempura namun tanpa disangka dirinya ditipu terang-terangan tatkala restoran terbabit menyajikan patty ayam sebagai chicken tempura.

“Aku beli nasi lemak dengan chicken tempura.

“Kau tahu tak, chicken tempura dia apa? Daging burger, burger ayam,” kata Aifa.

Dalam pada itu, gadis tersebut menjelaskan ini adalah kali pertama dan terakhir dia berkunjung ke restoran tersebut kerana sudah serik ditipu.

“Shame on you,” tulis Aifa di ruangan kapsyen.

Tu bukan chicken tempura tapi chicken pura-pura.

image is not available

image is not available

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa kasihan dan ada juga yang meneceritakan pengalaman yang sama ketika memesan makanan di restoran terbabit.

View Original Article