Gadis Mahu Berkahwin Dengan Kekasih Walaupun Pernah Ditikam 16 Kali

Entertainment
18 Jul 2023 • 5:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang gadis dari Indonesia telah menjadi bualan hangat apabila dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang pernah menikamnya sebanyak 16 kali.

Menerusi laporan Tribun Medan, wanita yang dikenali sebagai Eka Wahyu Lestari memaklumkan dia sudah berdamai dengan kekasihnya, Fika Andrean Banjarnahor, 21, selepas kejadian tersebut.

Bukan itu sahaja, dia turut menarik semula laporan polis kerana mahu mendirikan rumah tangga bersama jejaka tersebut walaupun pernah dicederakan.

“Keluarga kami sudah berdamai. Saya juga dalam proses menarik balik laporan polis supaya dia dibebaskan kerana kamimerancang menikah,” ujarnya.

Jelasnya Eka, dia percaya bahawa kekasihnya itu tidak berniat mahu membunuhnya dan hanya mengalami pertengaran sebagai pasangan bercinta.

image is not available

“Sebenarnya dia tidak ada niat membunuh saya. Itu hanyalah pertengkaran biasa. Biasalah orang bercinta kan ada bertengkar, selisih faham sehingga kami bergaduh di dalam kereta itu, jadi terjadilah pertengkaran yang membuat kami sama-sama cedera,” katanya.

Terdahulu, Eka telah mengalami kecederaan dimana dia telah ditikam sebanyak 16 kali di bahagian perut dan tangan oleh kekasihnya di dalam kereta.

image is not available

Bagaimanapun, Eka telah menerima rawatan di hospital selepas kekasihnya itu bersimpati dengan keadaan yang tidak bermaya yang mengalami kecederaan.

Sumber: YouTube @Tribun Medan