Gadis Malaysia Pertama Sertai Program Survival Korea, Alyssa Dedah Pernah Lulus Uji Bakat YG Entertainment

Entertainment
2 Feb 2024 • 2:48 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Merupakan seorang yang berbakat dalam tarian dan nyanyian, Alyssa mendedahkan bahawa dia telah menyertai uji bakat di pelbagai agensi hiburan Korea Selatan.

Bagi yang belum tahu, Alyssa merupakan gadis pertama dari Malaysia yang sertai program survival Korea iaitu “Universe Ticket”, namun terpaksa tarik diri atas sebab tertentu.

Baru-baru ini, Alyssa yang berusia 19 tahun itu telah berborak bersama pengikutnya di Instagram, dengan menjawab beberapa soalan.

Khususnya, ada soalan yang berbunyi,

Awak pernah tak sertai uji bakat di mana-mana syarikat sebelum ini?

image is not available

Menerusi foto yang dikongsi, Alyssa nampaknya pernah menyertai uji bakat di beberapa syarikat besar di Korea, termasuklah SM Entertainment dan juga IST Entertainment.

Kemudian ketika ditanya sekiranya dia pernah menyertai uji bakat di YG Entertainment, gadis itu mendedahkan,

Ya saya lulus tetapi ia berlaku semasa Covid jadi

Ala sayangnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.