Gadis OKU 17 Tahun Dijumpai Menangis Tepi Jalan Seorang Diri, Ditinggalkan Lepas Dirog*l Kekasih & Rakan

26 Jul 2023 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, satu rakaman tular di media sosial mempamerkan seorang remaja perempuan menangis di tepi jalan sebelum didekati oleh orang awam.

Gadis berusia 17 tahun itu dikatakan berstatus orang kelainan upaya (OKU) masalah gangguan jiwa dan mendakwa telah dipaksa melakukan hubungan intim oleh teman lelakinya.

Namun, kekasihnya didakwa telah mengajak beberapa orang lain dan dia telah dirogol secara bergilir-gilir oleh semua lelaki itu.

Kejadian itu berlaku di Indonesia dan ia bermula apabila si teman lelaki yang dikenalinya menerusi media sosial menjemput remaja terbabit di rumah untuk keluar bersama.

image is not available

Namun, kira-kira sejam kemudian lelaki berkenaan telah membawanya ke rumah sewa untuk melakukan perbuatan jijik tersebut.

Tidak berakhir di situ, mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel dan dirogol berkali-kali dan ditinggakan seorang diri di tepi jalan keesokan hari.

Bagaimanapun, menurut polis Makassar, suspek hanyalah dua lelaki yang telah pun dikenal pasti dan ditangkap, bukanlah seramai 10 orang seperti yang dikatakan.

Andi Rukmana, 25 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa dan seorang lagi suspek merupakan rakannya, Alberto berusia 19 tahun.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 month ago

"Dia Buka Seluar, Masukkan Pen*s Dalam Mulut Saya" - Wanita Dakwa Dirogol 'Butler' Hotel Di Maldives, Tapi Polis Pula Suruh Pulang