Gadis OKU Hilang, Kali Terakhir Dilihat Keluar Dari Rumah Di Kpg Gita Petra Jaya

7 Jan 2023 • 9:18 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

UPDATE: Yayah telah selamat ditemui

Gadis OKU Hilang, Kali Terakhir Dilihat Keluar Dari Rumah Di Kpg Gita Petra Jaya. Dilaporkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) hilang sejak awal pagi hari ini (7 Januari 2023).

Difahamkan, gadis terbabit telah hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Gita, Petra Jaya Kuching.

image is not available
Gadis OKU Hilang, Kali Terakhir Dilihat Keluar Dari Rumah Di Kpg Gita Petra Jaya

Kali terakhir dilihat memakai baju berwarna merah jambu

Menurut laporan, kanak-kanak perempuan terbabit, yang dikenali sebagai Yayah, kali terakhir dilihat memakai baju berwarna merah jambu dan seluar panjang berwarna hitam serta tidak bertudung.

Yayah juga difahamkan membawa beg bersamanya sebelum dia menghilangkan diri.

Maklumat terkini mengenai keberadaannya ialah dia kali terakhir dilihat menaiki bas ke lokasi yang tidak diketahui.

Laporan polis telah dibuat dan orang awam diminta untuk tampil dengan maklumat yang diketahui. Sekiranya anda terjumpa Yayah atau mengetahui maklumat tentang keberadaannya, anda boleh menghubungi nombor 0146881665.

image is not available
Yayah. Kredit: Sarawak Edition

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved