Gadis putuskan hubungan, ibu teman lelaki marah selalu buat konten

29 Jan 2024 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Gadis putuskan hubungan

Tular sebuah video memaparkan seorang gadis putuskan hubungan dengan pasangan dipercayai kerana dimarahi oleh ibu teman lelakinya.

Menerusi akaun @bckupacc99, memuat naik semula video itu di X memperlihatkan gadis tersebut meminta kebenaran wanita berkenaan untuk merakam kandungan atau konten.

Gadis putuskan hubungan, ibu teman lelaki marah buat konten

Namun begitu, permintaan itu dibalas dengan teguran daripada ibu teman lelaki yang seolah-olah menyifatkan gadis tersebut terlalu menonjol di media sosial.

“Kamu ni, tak habis-habis dengan content. Expose sana, expose sini, kenapa eh? Kata ada latar belakang sekolah agama, buat bisnes memang kena menunjuk-nunjuk ke?” kata ibu teman lelakinya.

Difahamkan, wanita itu kurang setuju jika anak lelakinya mempunyai pasangan yang menggunakan media sosial secara berlebihan selain menyatakan rasa tidak suka kepada gadis terbabit.

“Alif tu anak tunggal mak cik, anak harapan mak cik dan mak cik tak suka bakal isteri dia yang jenis bersosial media. Mak cik tak suka kamu, lepastu tak tahu kerja apa.

“Alif memang dia ada gaji, memang dia berpelajaran,” ujar wanita berkenaan.

Disebabkan itu, gadis tersebut memutuskan hubungan dengan teman lelaki dipercayai atas kata-kata yang dilontarkan oleh ibu kekasihnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan ibu teman lelaki gadis terbabit kerana bagi mereka, tidak semua benda perlu dikongsi di media sosial.

Jumpa bakal mertua tapi masih fikir nak jadikan konten…

image is not available

Betul lah mak cik tu cakap apa

image is not availableKenapa jumpa bakal mentua sampai buat konten?

image is not availableHidup berkiblatkan konten ni bahaya

image is not available

Ibu Alif buat benda yang betul

image is not available

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen meninggalkan komen mendakwa bahawa perkongsian itu hanyalah konten semata-mata untuk mempromosikan bisnesnya.

Gadis putuskan hubungan mungkin sebab konten penting untuk bisnes

image is not available

Saya rasa ini cuma konten untuk dapatkan view

image is not available

Video ni nampak sangat tak natural

image is not available

Gadis putuskan hubungan ni nampak sangat ni social experiment

image is not available

Tak kisahlah situasi ni benar-benar berlaku atau sebaliknya, hal peribadi tak sepatutnya dijadikan konten semata-mata untuk menaikkan jumlah tontonan.

Sumber: X @bckupacc99