Gadis Terlanjur Nak Serah Anak Luar Nikah Kepada Yang Sudi, Dengan Syarat Bayar Kos Beranak Di Hospital Swasta

EntertainmentFamily & Parenting
11 Jul 2024 • 1:25 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
terlanjur

Sudah terlalu buntu, seorang wanita hamil nekad menyerahkan anak di dalam kandungan kepada ibu bapa angkat yang sudi menjaganya.

Difahamkan, wanita ini telah terlanjur dan kini sedang hamil 6 bulan hasil persetubuhan luar nikah. Menurut wanita ini, dia mengandung bayi lelaki yang dalam keadaan sihat.

image is not available

Namun, wanita ini meletakkan syarat kepada ibu bapa angkat supaya menanggung kos pemeriksaan (check up) dan bersalin di hospital swasta.

Katanya lagi, dia baru tahu hamil ketika kandungan masuk 6 bulan. Dia memohon orang ramai tidak mengkritik dosa berzina kerana dia sebenarnya sudah bertaubat.

image is not available

image is not available

image is not available

Wanita ini menjelaskan lagi, dia mempunyai sebab memilih bersalin di hospital swasta. Berdasarkan pengalamannya membantu dua rakan hamil luar nikah sebelum ini, proses untuk discharge daripada wad hospital kerajaan lebih sukar.

image is not available

Ibu yang bersalin anak luar nikah perlu menghubungi waris (ibu bapa) sebelum dibenarkan keluar wad. Sementara itu, jika bersalin di hospital swasta prosesnya lebih mudah tanpa memerlukan waris.

image is not available

Jap!


View Original Article