Gadis Terlanjur Tunjuk Gambar Bogel, Diugut Ejen Biasiswa Palsu

LocalEntertainment
13 Sep 2022 • 1:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelik tapi benar! Itulah yang terjadi kepada seorang gadis apabila dia tertipu dengan menghantar gambar bogel kepada ejen tawaran biasiswa palsu. Allahu, kesiannya..

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang baru saja berusia 19 tahun itu dikenakan syarat perlu menghantar gambar bogel untuk memohon biasiswa.

Lepas je dari itu, mangsa telah diugut sekiranya tidak mahu gambarnya tersebar, dia perlu memasukkan RM1,000 ke dalam akaun bank seorang lelaki dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah.

Pada awalnya, mangsa telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran selepas berkenalan dengan seorang wanita di Telegram. Kemudian, mangsa juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal secara online dan menghantar beberapa dokumen.

Mangsa juga perlu memuat naik gambarnya berpakaian dan tidak berpakaian iaitu video dalam keadaan berbogel.

Selepas itu, mangsa diminta memasukkan wang RM600 ke dalam satu akaun sebagai wang proses pinjaman dan mangsa mematuhi semua arahan berkenaan.