“Gaduh Dekat Media Sosial Tu Nampak B*doh” – Azhar Sulaiman ‘Upload’ Gambar ‘Happy’ Dengan Keluarga

12 Oct 2023 • 4:59 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memandangkan isu sensasi yang melibatkan keluarga selebriti Shila Amzah telah diketahui oleh kebanyakkan wargamaya, ramai tampil memberi pandangan secara terus terang.

Azhar Sulaiman seorang pelakon 90-an yang juga dikenali ramai sebagai bapa kepada personaliti media sosial, Iris Leona baru saja memuatnaik sebuah gambar di Instagramnya bersama keluarga.

Dorang ni dapat payment ke untuk provide drama kepada netizen?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Di kapsyen gambar tersebut, secara tidak langsung membicarakan tentang isu perbalahan keluarga di media sosial. Tambah Azhar, dia berdoa agar sentiasa diberikan kewarasan padanya dan keluarga.

Bukan itu sahaja, bagi pelakon filem 90-an bertajuk Impian itu, dengan cara bergaduh di laman sosial, itu hanyalah mendatangkan keburukan kepada kedua belah pihak. Katanya, takkan nak tunggu Hari Raya barulah nak bermaafan.

Gaduh kat sosial media tu semua perkara bodoh sangat.

image is not available
Meninjau di ruangan komen juga, netizen ada yang setuju dengan kapsyen Azhar tentang isu ini. Bagi mereka, mendedahkan aib keluarga online hanya akan mengeruhkan keadaan.

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Kak Chempaka Cool Je" - Azhar Sulaiman Ajak Sophia Albarakbah Karaoke, Nak 'Karok' Lagu Sayang Sayang