Gaduh di tempat awam: Empat didenda RM2,800

10 Aug 2023 • 4:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Empat lelaki didenda sejumlah RM2,800 oleh Mahkamah Majistret kerana bergaduh di tempat awam.

Arwin Abdullah, 20, Mohd Paisal Jamaesah, 19, pekerja mencuci kereta Md Al Qusyairie Adzrul, 20, dan buruh Mohd Alvin Abdullah, 22, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan melakukan rusuhan di belakang bangunan Bataras, Indah Permai pada 8 malam, 1 Ogos lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa kejadian berlaku berikutan perselisihan faham berhubung pembelian alat ganti motosikal di mana Arwin meminta kenalannya, Qusyairie untuk membeli alat ganti motosikalnya, yang dibelinya (Qusyairie) pada harga RM68.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Arwin berasa tertipu apabila diberitahu oleh rakan mekaniknya bahawa harga alat ganti itu hanya RM35.

Arwin kemudiannya melakukan provokasi kepada Qusyairie melalui WhatsApp yang menyebabkan pertengkaran antara mereka, dan masing-masing bersetuju untuk berjumpa di belakang premis Bataras. Arwin datang bersama seorang kawan, Paisal manakala Qusyairie datang bersama kawannya, Alvin.

Pergaduhan kemudian berlaku antara mereka yang mengakibatkan kedua-dua pihak mengalami kecederaan di mana Arwin menerima satu jahitan di kening kiri manakala Qusyairie menerima empat jahitan di kepala dan pipi kiri.

Kedua-dua pihak kemudian membuat laporan polis masing-masing.

Semasa rayuan, empat tertuduh meminta hukuman ringan.

Peguam dilantik Carmen Khoo mewakili Qusyairie dan Alvin, manakala Arwin dan Paisal, yang tidak diwakili peguam mengaku hanya mempunyai sijil kelahiran sebagai dokumen mereka.

Inspektor Kelvan Elson Maik memohon hukuman setimpal.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar Arwin dan Paisal dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau menjalani hukuman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.