Gaduh trak tunda: 12 lagi individu ditahan

5 Oct 2023 • 6:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Polis menahan 12 lagi suspek di sekitar ibu negara semalam kerana disyaki terlibat dalam insiden kes pergaduhan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras baru-baru ini dipercayai terbabit dengan urusan menunda kenderaan pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaludin (gambar) berkata mereka yang ditahan berumur 20 hingga 35 tahun.

“Mereka direman selama tiga hari bermula hari ini. Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Isnin dan Selasa lepas, sebanyak 10 individu ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit, menjadikan jumlah suspek yang telah ditahan ialah 22 orang.

Dalam kejadian awal pagi Isnin itu, polis menerima makluman tentang pergaduhan yang dipercayai membabitkan dua kumpulan pekerja trak penunda kereta yang berebut pelanggan. -Bernama