Gagal cegah bencana banjir, Kim Jong Un perintah 30 pegawai kerajaan dihukum mati

WorldPolitics
4 Sep 2024 • 10:07 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un memerintah kira-kira 30 pegawai kerajaan dihukum mati kerana gagal mencegah bencana banjir dan tanah runtuh yang telah meragut nyawa lebih daripada 4,000 orang.

Pegawai-pegawai terbabit didakwa telah menerima rasuah dan mengabaikan tugas mereka.

Bencana banjir yang dahsyat dilaporkan telah melanda wilayah Chagang pada Julai lalu yang mengakibatkan lebih daripada 15,000 penduduk terpaksa berpindah.

Menurut laporan berita Korea Utara, bencana banjir itu telah menyebabkan kemusnahan besar di bandar Sinuiju dengan lebih 4,100 rumah, 7,410 ekar tanah pertanian, jalan raya, bangunan dan laluan kereta api terjejas.

Kim Jong Un bertegas dengan mengenakan hukuman berat terhadap para peawai yang bertanggungjawab di atas kejadian itu, lapor Agensi Berta Pusat Korea Utara. Namun, jumlah sebenar pegawai yang dikenakan hukuman mati itu masih belum dapat disahkan.

Sementara itu, Kim Jong Un menolak bantuan antarabangsa dan memerintah para pegawainya untuk memindahkan 15,400 penduduk terjejas ke ibu negara, Pyongyang, agar dapat dibantu dengan lebih baik. Usaha pemulihan di kawasan yang terjejas itu dijangka mengambil masa sehingga tiga bulan.

Korea Utara mempunyai sejarah menjatuhkan hukuman mati dan jumlah kes hukuman mati ini dilaporkan meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hukuman ini dijatuhkan seperti ketidakstabilan ekonomi, sekatan antarabangsa dan kesan bencana alam. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved