Gagal isytihar pendapatan: Pengarah syarikat kena penalti RM2.6j, didenda RM10,000

23 Dec 2023 • 4:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang pengarah syarikat didenda RM10,000 dan dikenakan penalti khas tiga kali ganda amaun cukai dikenakan berjumlah RM2.6 juta oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis, kerana gagal mengemukakan penyata pendapatan.

Wee Yung Heow, 59, didapati bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Ryan Sagiran Rayner Junior.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 dan RM20,000, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya, serta penalti khas tiga kali ganda amaun cukai dikenakan.

Mahkamah turut memerintahkan Wee dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Wee disabitkan kesalahan itu selepas gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang C bagi tahun taksiran 2020 dan 2021 tanpa sebab munasabah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pegawai pendakwa LHDN Mohd Arif Hermansah memberitahu mahkamah bahawa pendapatan bercukai tertuduh dalam tempoh dua tahun itu berjumlah RM4.028 juta, yang mana cukai yang boleh dikenakan adalah RM882,000.

Turut hadir Pengarah Operasi LHDN Sabah Md Fahmi Md Said dan pegawai penyiasat LHDN Lahad Datu Abdul Haya Langarai.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.