Gagal Kutip Hutang, Along Bertindak Ancam Jiran

25 Jan 2024 • 6:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gagal Kutip Hutang, Along Bertindak Ancam Jiran

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Tiga kenderaan dan pagar dua buah rumah di Taman Selaseh, Gombak di sini rosak selepas disimbah cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang tidak berlesan atau Along, pagi tadi.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 32, berkata beliau menyedari pagar rumah, kereta isteri serta kereta jirannya disimbah cat pada kira-kira pukul 8 pagi.

Katanya Along terbabit turut meninggalkan sekeping nota di rumah jirannya, mendesak pihak kejiranan untuk memaksa individu yang dicari membayar hutang selain mengancam membakar rumah di situ jika gagal berbuat demikian.

Menurutnya insiden simbah cat itu telah bermula sejak beberapa tahun lepas selepas jirannya yang dipercayai membuat pinjaman itu berpindah ke tempat lain.

“Sebelum ini, rumah saya ada terkena simbahan cat tetapi tidak seteruk seperti kali ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved