Gagal Patuh Peraturan Pelesenan, Laman Web Steam, Yahoo Dan Lain Ini Disekat Di Indonesia

31 Jul 2022 • 11:17 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Syarikat-syarikat itu terlepas tarikh akhir untuk mematuhi peraturan baharu negara itu

Gagal Patuh Peraturan Pelesenan, Laman Web Steam, Yahoo Dan Lain Ini Disekat Di Indonesia. Kerajaan Indonesia telah menyekat akses kepada pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuk Steam, Epic Games, PayPal dan Yahoo selepas syarikat tersebut gagal mematuhi peraturan pelesenan.

Selaras dengan peraturan, syarikat yang dianggap “Private Electronic System Providers” mesti mendaftar dengan pangkalan data kerajaan untuk beroperasi di negara itu dan akan disekat jika tidak patuh.

image is not available
Kredit: Twitter #BlokirKominfo

Beberapa syarikat teknologi mula bergegas untuk mendaftar sebelum tarikh akhir melibatkan Alphabet Inc’s (GOOGL.O), Meta Platforms Inc’s (META.O) Facebook, Instagram Whatsapp dan Amazon.com Inc (AMZN.O).

Pegawai Kanan Kementerian Komunikasi Indonesia, Semuel Abrijani Pangerapan berkata laman web yang telah disekat termasuk Yahoo, PayPal dan laman permainan seperti Steam, Dota2, Counter-Strike dan Epic Games.

Hashtag #BlokirKominfo trending di Twitter

image is not available
Trending Twitter Indonesia Kredit: Twitter #BlokirKominfo

Hashtag seperti “BlokirKominfo” (Sekat Kementerian Komunikasi) trending di Twitter dan mengkritik kerajaan kerana menjejaskan industri permainan dalam talian dan freelancer yang menggunakan PayPal.

Pangerapan berkata kerajaan Indonesia akan mencari penyelesaian untuk orang ramai mengeluarkan deposit mereka dari PayPal dan akan membuka akses kepada laman web itu dalam tempoh yang singkat.

image is not available
Gagal Patuh Peraturan Pelesenan, Laman Web Steam, Yahoo Dan Lain Ini Disekat Di Indonesia. Kredit Foto: AFP

Dengan anggaran 191 juta pengguna internet dan golongan belia mahir media sosial, negara Asia Tenggara merupakan pasaran penting untuk pelbagai platform teknologi.

Malam tadi kita dikejutkan dengan berita bunyi dentuman kuat dan penampakan ‘meteor’ jatuh dari langit di Sarawak. Baca penuh pautan di bawah: