Gagal Potong Kereta, Pemandu Samseng Keluarkan Pistol Tembak Tayar

WorldCars
22 Sep 2024 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara memotong kenderaan lain, seorang lelaki bertindak menembak tayar kereta seorang pemandu. Bagaimanapun, kejadian itu bukan berlaku di Malaysia sebaliknya di Jakarta, Indonesia.

Media tempatan melaporkan, pelaku Sunarwan, 60, yang memandu kereta keluaran Jepun berang apabila gagal memotong kenderaan lain.

Dia kemudian lantas mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak tayar kereta pengguna lain di jalan Trengguli, Demak.

Menurut mangsa, Achmad Laili Dimyati, suspek cuba memotong keretanya tetapi gagal hinggalah dia keluarkan pistol lantas tembak ke tayar.

“Dua biji tayar bocor kerana terkena das tembakan,” katanya.

Mujur, suspek sudah ditahan sejurus kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved