Gagal pulangkan deposit, Motac batal lesen syarikat Layang-Layang Island Resort

8 Jan 2025 • 12:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

PUTRAJAYA, 8 JAN: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd berkuat kuasa Isnin lepas (6 Jan).

Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC Datuk Roslan Abdul Rahmam menerusi kenyataan ringkas hari ini berkata pembatalan lesen nombor 2992 adalah selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

“MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya.

Sebelum ini, beberapa portal media melaporkan sebuah resort di Sabah didakwa gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej menyelam skuba dengan mereka sejak 2020.

Tempahan itu memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved