Gagal Saingi EV China Punca Tesla Batal Buka Kilang Di Rantau Ini – PM

LocalTechnology
9 Aug 2024 • 4:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat kenderaan eletrik (EV) terkenal, Tesla gagal menyaingi EV keluaran syarikat dari China menjadi punca syarikat tersebut batal rancangan buka kilang ke rantau ini.

Memetik laporan Berita RTM, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul.

Punca Tesla batal buka kilang di rantau ini

image is not available

Foto: Malay Mail

“Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini (mengenai Tesla), kerana mereka telah mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China. Operasi mereka di Thailand adalah besar, (sedangkan) kita baru nak mula.

“Jadi itu penerangan langsung daripada Tesla, bukan daripada liputan (media) lain. Itu penerangan Tesla,” katanya selepas merasmikan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatkelola Badan Berkanun Persekutuan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Terdahulu, portal berita Thailand, The Nation melaporkan Tesla telah membatalkan rancangan untuk membina kilang pembuatan EV di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Bagaimanapun, syarikat itu hanya akan memberikan tumpuan penuh kepada pembangunan stesen pengecasan di setiap negara itu.

Sementara itu, Tengku Zafrul juga telah mengeluarkan kenyataan menerusi X pada Khamis dan berkata Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

image is not available

Foto: Berita Harian

Sebaliknya, Tengku Zafrul menjelaskan MITI hanya mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla, Elon Musk dalam usaha menarik pelaburan, namun pertemuan itu tidak melibatkan perkara itu.

Sumber: Berita RTM