Gagal sediakan tong sampah, sebuah premis dikompaun MBPJ

8 Jan 2025 • 5:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 8 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan dua kompaun ke atas sebuah premis di Jalan Medan 10 kerana gagal menyediakan tong sampah.

Pihak berkuasa tempatan itu di Facebook memaklumkan, pemeriksaan juga mendapati pemilik premis gagal memastikan pengurusan sisa sampah dilakukan dengan baik dan teratur.

“Tindakan diambil mengikut Undang-undang Kecil (UUK) 4 UUKPS MBPJ 2007 dan UUK6 UUKPS MBPJ 2007 dalam sebuah operasi di sini semalam,” menurut kenyataan.

Justeru MBPJ menasihatkan pengusaha premis dan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kebersihan, keselesaan, dan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved