
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pemanduan yang berhemah serta mengikut undang-undang merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap pengguna jalan raya.
Malah pelbagai ketetapan dan juga undang-undang turut diwujudkan demi memastikan pengguna jalan raya mengikutinya sekali gus mengurangkan berlakunya kemalangan atau sebarang perkara yang tidak diingini.
Bukan hanya itu, pada 15 April 2017 kerajaan juga telah melaksanakan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya menerusi pengesanan penalti terhadap pesalah trafik berulang.
Melalui sistem Kejara ini, mana-mana pengguna jalan raya yang mengumpul mata demerit yang banyak boleh digantung atau lesen dibatalkan.
Anthony Loke sifatkan sistem kejara tidak efektik dan perlu dirombak
Terbaharu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berpendapat sistem Kejara itu perlu dirombak secara besar-besaran kerana tidak efektif dan gagal.
Jelasnya kegagalan utama sistem berkenaan meliputi kaedah yang diaplikasikan untuk sistem pemberian mata demerit kesalahan terhadapan individu melakukan kesalahan trafik.
Sistem demerit hanya berkuat kuasa apabila pesalah bayar saman atau didakwa di mahkamah
Tegas Loke, kiraan bagi sistem demerit Kejara itu hanya akan berkuat kuasa apabila individu berkenaan melangsaikan saman atau didakwa di mahkamah serta ia bukan sewaktu pesalah membuat kesalahan terbabit.
“Masalah utama yang dihadapi kini adalah ramai pesalah tidak membayar saman itu mencecah jutaan ringgit dan ribuan kes di mahkamah.
“Justeru, saya secara terbuka menganggap sistem itu bukan sahaja langsung tidak efektif malah gagal dan perlu dirombak,” ujarnya, lapor Kosmo.
Ulas menteri itu lagi, sistem itu bagaimanapun masih diteruskan akan tetapi ia akan dirombak dengan terperinci.
Akui kegagalan perpunca pendekatan terhadap pelaksanaan
Memetik laporan Berita Harian, Loke juga mengakui kegagalan bagi sistem berkenaan juga berpunca daripada pendekatan yang salah dalam pelaksanaan tersebut.
“Pendekatan kita salah. Kita perlu kaji semula aspek perundangan, punca kuasa dan kaedah pelaksanaan supaya sistem ini benar-benar berkesan. Apa yang boleh saya nyatakan sekarang ialah sistem demerit sedia ada tidak efektif.”
Sebagi info pembatalan lesen memandu boleh dibatalkan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bergantung kepada jenis lesennya.
Buat pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL), lesen mereka boleh ditarik balik sekiranya menjalani tiga kali penggantungan lesen dalam tempoh lima tahun.
Manakala bagi Lesen Memandu Percubaan (PDL) boleh dibatalkan apabila mata demerit mencapai 20 mata atau lebih.
Apabila suatu lesen memandu telah dibatalkan oleh Ketua Pengarah JPJ di bawah Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan (Mata Demerit) 2017, seseorang itu boleh memohon semula lesen memandu (proses seperti pemohon baharu lesen memandu) selepas dua belas bulan daripada tarikh pembatalan lesen memandu.
Sekiranya anda mahu menyemak mata demerit, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi My JPJ dan portal awam.
Source:
