Sedar tak sedar, “Wonderful World” sudah pun menamatkan siaran kelmarin selepas beberapa minggu bermain dengan perasaan penonton.
Menurut Nielsen Korea, episod terakhir drama lakonan Cha Eun-woo dan Kim Nam-joo itu meraih rating 9.2% sahaja dan gagal menyaingi rekod terbaiknya iaitu 11.2%. Malah drama pembalasan dendam itu turut gagal menandingi catatan rating “Queen Of Tears”, 16.8%, dalam slot yang sama di mana drama berkenaan turut menduduki tangga No 1 kini.
Untuk pengetahuan, “Wonderful World” berakhir dengan jenayah Kim Joon terpampang di khalayak umum dan dia dijatuhkan hukuman yang setimpal. Manakala Seon-yool, Soo-hyun dan Soo-ho bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Dalam pada itu, ramai turut memuji drama ini kerana berjaya membawa babak saspens yang mengujakan buat penonton selain ramai yang gembira dapat melihat Kim Nam-joo berlakon semula selepas 6 tahun berehat dari dunia K-Drama.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Gagal Tandingi ‘Queen Of Tears’, Episod Akhir ‘Wonderful World’ Raih Rating Memuaskan first appeared on KimchiDaily.my.
