Gagal urus buangan terjadual, JAS siasat kilang barang lusuh di Rawang

LocalEnvironment
11 Jun 2026 • 5:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Gagal urus buangan terjadual, JAS siasat kilang barang lusuh di Rawang

SHAH ALAM, 11 JUN: Sebuah kilang barang lusuh di Mukim Rawang, Gombak disiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor selepas dipercayai gagal menguruskan buangan terjadual hasil aktiviti peleburan barangan kitar semula, semalam.

Agensi itu berkata siasatan lanjut mendapati premis berkenaan tidak mematuhi pengurusan buangan terjadual SW104 seperti ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

"Persampelan rasmi telah dijalankan untuk analisa selanjutnya. Tindakan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(c) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikeluarkan ke atas premis.

"Premis juga diarahkan untuk melupuskan buangan terjadual SW104 dilakukan di Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) yang dilesenkan jabatan berkenaan,"katanya dalam hantaran di Facebook.

Image from: Gagal urus buangan terjadual, JAS siasat kilang barang lusuh di Rawang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bersama beberapa agensi melaksanakan operasi bersepadu ke atas kilang barang lusuh di Mukim Rawang, Gombak pada 10 Jun 2026. Foto Facebook Jabatan Alam Sekitar

Dalam pada itu, JAS menegaskan komitmen berterusan dalam menangani isu pencemaran alam sekitar serta mengingatkan bahawa ketidakpatuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh menyebabkan tindakan undang-undang termasuk denda dan pendakwaan di mahkamah.

Terdahulu, operasi bersepadu terhadap premis itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang, Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Selangor serta Jabatan Imigresen Malaysia Selangor.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved