Gagasan Nadi Cergas peroleh kelulusan pemegang saham ambil alih 69.4% kepentingan dalam KPSSB

LocalBusiness & Finance
4 Dec 2025 • 2:54 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Gagasan Nadi Cergas peroleh kelulusan pemegang saham ambil alih 69.4% kepentingan dalam KPSSB
image is not available
liza04/12/2025 - 14:54 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Dis – Gagasan Nadi Cergas Berhad (GNCB) memaklumkan ia sudah memperoleh kelulusan pemegang saham untuk memperoleh 69.4% kepentingan ekuiti dalam Konsortium PAE Sepakat Sdn Bhd (KPSSB). 

 

KPSSB merupakan syarikat konsesi yang menguruskan asrama pelajar di di tujuh kampus politeknik iaitu di Banting, Ipoh, Port Dickson, Johor Bahru, Seberang Prai, Jeli dan Kota Bahru.

 

Pada masa ini, KPSSB dimiliki 55.6% oleh Seri Delima Anggun Sdn Bhd (SDASB) manakala baki 44.4% dimiliki oleh Serata Ehsan Sdn Bhd (SESB) melalui anak syarikatnya, PAE Builders Sdn Bhd.

 

Pengambilalihan yang dicadangkan itu bernilai RM127.3 juta itu. 

 

Dengan mengambil alih sepenuhnya SESB dan 45% pegangan SDASB, Gagasan Nadi Cergas kini menguasai 69.4% kepentingan dalam KPSSB.

 

Transaksi itu telah mendapat kelulusan daripada Unit Perkongsian Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri pada September lalu.

 

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Sr Wan Azman Wan Kamal berkata, pengurusan konsesi itu akan menyediakan pendapatan berulang yang konsisten dan mengukuhkan model perniagaan pelbagai syarikat.

 

Beliau menjelaskan pelancaran Sukuk Wakalah sebagai langkah strategik untuk menyokong pengambilalihan konsesi pengurusan fasiliti utama sekaligus mengoptimumkan kos pembiayaan.

 

“Ini memberikan keupayaan kepada kumpulan untuk mengeluarkan sukuk sehingga RM330 juta dengan Maybank Islamic Berhad memberi komitmen untuk melanggan sepenuhnya sukuk yang diterbitkan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Pengambilalihan KPSSB dijangka menambah keuntungan syarikat, menyumbang RM155.2 juta kepada buku pesanan pengurusan fasiliti sepanjang tempoh konsesi. 

 

Selain itu, transaksi ini dijangka memberi keuntungan pembelian rendah bernilai RM33.2 juta dan menjana pendapatan tambahan tahunan daripada kenaikan nilai wajar sebanyak RM19 juta sebelum kos kewangan.

 

KPSSB menandatangani perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia pada 2013 untuk membangunkan dan menyelenggara asrama pelajar sehingga 2036 di tujuh kampus politeknik. 

 

Maybank Investment Bank Berhad bertindak sebagai penasihat utama bagi pengambilalihan ini. - DagangNews.com

Terkini standard