
Kota Kinabalu: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Likas, Mohamad Bahrin Abdul Karim berkata parti itu akan mengekalkan kerjasama baik dengan Pakatan Harapan (PH).
“Kita tidak hanya bekerjasama dengan rakan-rakan parti komponen, tetapi juga dengan PH kerana kawasan ini (Likas) berada dalam pentadbiran PH.
“Kita fokus konsep kerja secara sebuah pasukan, antaranya, dalam melaksanakan program serta aktiviti untuk mengelakkan pertindihan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Gagasan Rakyat bersama pelajar tahfiz di sini, Khamis.
Menurut Mohamad Bahrin lagi, pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan bilangan ahli Gagasan Rakyat Bahagian Likas adalah konsisten danSPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more berkualiti.
Katanya, bahagian Likas itu mempunyai 2,000 ahli berdaftar.
“Kita berusaha untuk memastikan kualiti dalam setiap ahli kita kerana inilah yang paling penting, bukan semata-mata dari segi kuantiti sahaja.
“Yang pasti, kita dapat lihat Gagasan Rakyat Likas mula mendapat sambutan baik daripada golongan muda yang berumur 18 tahun dan mereka turut menyertai kita.
“Saya yakin ini adalah kerana mereka melihat sendiri dan meyakini perjuangan GRS, melalui manifesto SMJ (Sabah Maju Jaya),” katanya.
Tambah Bahrin, Gagasan Rakyat Bahagian Likas juga unik kerana mempunyai barisan kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa.
“Saya sebagai Ketua Bahagian amat gembira dan berbesar hati termasuk dalam barisan kepimpinan yang sangat istimewa ini.
“Saya juga percaya, ini adalah bukti bahawa kita bersatu dalam perpaduan serta saling percaya tanpa melihat perbezaan bangsa dan usia,” tambahnya.
Majlis berbuka puasa itu menyaksikan Bahrin meraikan 20 anak-anak tahfiz daripada Pusat Pengajian Tahfiz al-Quan As-Syatibuyah Masjid SDA di sini.
Sumbangan berupa duit raya dan bantuan diberikan kepada mereka.
Katanya, pihaknya merancang untuk menjadikan program itu sebagai aktiviti wajib tahunan dalam takwim Ramadan Gagasan Rakyat Likas.
“Majlis ini diadakan sebagai satu daripada usaha kita berkongsi sumbangan, mendekati anak-anak tahfiz dan mengeratkan silaturrahim dengan pelbagai pihak,” katanya lagi.
Hadir sama Penolong Bendahari Golden Lim, Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas Halijah Din, Ketua Pemuda Syahmee Mohd Ron, Ketua Beliawanis Noor Azee Ashikeen Asngari, ahli-ahli serta kepimpinan Gagasan Rakyat Likas.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

