Gajah ditemukan tanpa kepala, kaki

LocalEnvironment
20 Jan 2025 • 4:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seekor gajah ditemukan tanpa kepala dan kaki berhampiran kawasan Maliau Basin, di Kalabakan pada Ahad.

TAWAU - Seekor gajah ditemukan tanpa kepala dan kaki berhampiran kawasan Maliau Basin, di Kalabakan dekat sini sebelum perkara itu dilaporkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah pada Ahad.

Penemuan gajah itu turut ditularkan di media sosial sehingga mendapat perhatian daripada warganet.

Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan haiwan tersebut dan siasatan sedang dilakukan.

"Laporan itu betul (penemuan gajah) dan kami sudah memulakan siasatan namun dalam masa sama kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya dapat menghubungi JHL untuk membantu siasatan," katanya pada Isnin.

Sementara itu, dalam video berdurasi 23 saat memaparkan seekor gajah ditemui di kawasan lapang dalam keadaan tanpa kepala dan kaki.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved