Gajah Pygmy Borneo ditemui mati di Kinabatangan

24 Aug 2023 • 11:59 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SANDAKAN – Seekor gajah Pygmy Borneo ditemui mati di kawasan Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, punca kematian gajah tersebut masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, katanya, kesan di lokasi kejadian menimbulkan kebarangkalian haiwan tersebut diserang gajah lain sebelum ia mati.

“Tidak ada kecederaan di luar badan gajah tersebut. Pihak kami masih belum dapat mengenal pasti punca kematian,” katanya kepada Scoop.

Menurutnya, beliau sedang menunggu laporan penuh daripada kakitangan jabatan itu di lokasi kejadian dan akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Isu konflik manusia dan gajah sudah tidak asing lagi di Pantai Timur Sabah, termasuk daerah Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tawau.

Pada 2010 dan 2011, Sabah merekodkan 145 kes kematian gajah atas sebab pemburuan, pembunuhan dendam, kemalangan, penyakit dan punca yang tidak diketahui.

Namun, kes kematian gajah di Sabah telah mula berkurangan sejak tahun lalu.

Kali terakhir kes sedemikian dilaporkan adalah pada 11 Oktober 2022, di mana seekor gajah dewasa ditemui mati di Kalabakan, Tawau. - 24 Ogos, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved