Gajah Pygmy Halang Jalan Di Sabah, Pemandu Panik Terpaksa Reverse Kenderaan

24 Mar 2024 • 2:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian rare ini berlaku dalam perjalanan dari Tawau- Keningau

Gajah Pygmy Halang Jalan Di Sabah, Pemandu Panik Terpaksa Reverse Kenderaan. Kejadian rare yang berjaya dirakam oleh individu di Sabah yang dalam perjalanan dari Tawau – Keningau ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tular di TikTok video warga di Sabah terserempak dengan sekumpulan Gajah Pygmy di jalan raya sehingga pemandu di jalan berkenaan terpaksa mengundur kenderaan bagi mengelak dari bertembung dengan haiwan berkenaan.

image is not available
Gajah Pygmy Halang Jalan Di Sabah, Pemandu Panik Terpaksa Reverse Kenderaan. Gambar tangkap layar dari TikTok lurveiscinta

Gajah Pygmy menuju ke sebuah trak pikap

Dalam video tersebut boleh dilihat 7 ekor Gajah Pygmy sedang laju berjalan menuju ke sebuah pikap kenderaan pikap di jalan tersebut sehingga membuatkan kenderaan tersebut terpaksa ‘reverse‘.

Kenderaan lain yang berada di belakang pikap tersebut pula terpaksa berundur bagi mengelak daripada sekumpulan gajah tersebut.

Walaupun berada dalam situasi cemas, kenderaan yang berada di lokasi tersebut berjaya melepaskan diri setelah semua Gajah Pygmy berkenaan masuk ke dalam hutan sebelah jalan itu.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok lurveiscinta

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok lurveiscinta

2 lelaki terpaksa turun dari trak tunda

2 lelaki yang boleh dilihat di dalam video sedang berlari itu pula merupakan pemandu trak tunda yang berada di dalam video itu juga.

Walaupun Gajah Pygmy tidak menyerang, dikatakan 2 lelaki berkenaan terpaksa turun bagi tujuan keselamatan dari trak tunda kerana gajah tersebut sudah menghampiri dekat dengan kenderaan mereka.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok lurveiscinta

Pemandu tetap tenang walau berada dalam situasi cemas

Individu yang berkongsi video berkenaan juga berkata walaupun gajah Pygmy tersebut comel, tapi jangan takutkan dirinya lagi.

Suka betul halang jalan, semua terpaksa dalam mod survival.

Dia juga berkongsi bahawa sebagai seorang pemandu, dia berjaya kekal tenang walaupun terpaksa sengsara undur kenderaan turun dari bukit dengan adanya lori lagi di belakang.

Netizen di ruangan komen pula rata-ratanya berasa kagum melihat Gajah Pygmy tersebut kerana ia bukanlah perkara yang sering berlaku.

Ketahui lebih lanjut mengenai Gajah Pygmy yang hanya boleh ditemui di Sabah di sini: