Gajah ‘singgah’ gerai

EnvironmentPets
17 Jul 2026 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Gajah ‘singgah’ gerai

TAWAU: Kehadiran seekor gajah liar yang bersahaja “melawat” sebuah gerai menjual kuih-muih di Felda Umas, di sini, mencuri perhatian penduduk apabila telatahnya yang seolah-olah ingin beramah mesra tular di media sosial baru-baru ini.

Penduduk, Alishah Rashid, 31, berkata video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan gajah berkenaan berjalan di salah satu lorong kampung sebelum berhenti di hadapan sebuah gerai tepi jalan kira-kira jam 11 pagi, sekali gus menghiburkan penduduk yang menyaksikan gelagat haiwan berkenaan.

Menurutnya, gajah itu kelihatan tenang dan jinak ketika berhenti seketika di gerai berkenaan, seolah-olah ingin “singgah” atau berkawan dengan orang ramai sebelum meneruskan perjalanannya.

“Perkara seperti ini sebenarnya sudah biasa berlaku di kampung kami. Kadang-kadang gajah datang seekor, ada juga masanya datang secara berkumpulan.

“Ia tidak pernah merosakkan rumah penduduk, tetapi tanaman sering menjadi sasaran sehingga menyebabkan kerugian kepada penduduk,” katanya.

Alishah berkata, penduduk sebelum ini pernah membuat aduan kepada pihak berkuasa dan beberapa ekor gajah telah dipindahkan ke lokasi lain.

“Bagaimanapun, tidak lama selepas itu gajah kembali semula ke kawasan ini. Ada kalanya kehadiran mereka menjadi hiburan kepada penduduk, tetapi pada masa sama kami tetap berasa bimbang.

“Kami percaya selagi manusia tidak mengganggu gajah, haiwan itu tidak akan bertindak agresif.

“Namun, kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved