“Gaji Di Malaysia Lebih Baik..” – Ramai Netizen Indonesia Berhasrat Mahu Pindah Ke Malaysia?

13 Jan 2025 • 2:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selalu kita dengar negara jiran, Indonesia memandangkan Malaysia sebagai negara ‘pesaing’ serta bermasalah tetapi kini, mereka dipercayai mahu berpindah ke sini atas beberapa faktor.

Ramai netizen Indonesia mahu berpindah ke Malaysia

Menurut salah seorang penduduk Indonesia, baru-baru ini, dia mahu berpindah ke Malaysia kerana peluang pekerjaan lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan negaranya.

Malah, dia turut mencari informasi bagaimana mahu berpindah ke Malaysia dengan pas digital nomad untuk pertama kalinya.

Perkongsiaan video tersebut telah menarik perhatian netizen dari Indonesia juga, di mana rata-rata bersetuju dengan pendapat lelaki itu dan juga mahu berpindah ke Malaysia.

Gaji boleh tampung kos sara hidup dan menambung

Bukan saja lebih banyak peluang pekerjaan, malah kualiti kehidupan di sana juga lebih bagus seperti kualiti fasiliti awam, pendidikan yang lebih advanced serta persekitaran yang kondusif secara keseluruhan.

Mereka turut berpendapat, gaji di Malaysia boleh menampung kos sara hidup lebih baik dan boleh menambung, berbeza dengan Indonesia.

image is not available

Rancak berbincang tentang mahu berpindah ke sini, netizen Malaysia tampil menyampuk dengan menyuruh mereka membatalkan hasrat tersebut kerana merasakan agar bercangga dengan pandangan mereka sebelum ini yang mengatakan Malaysia merupakan negara mundur.

image is not available 4 weeks ago

Air Laut Kini Banjiri Bandar, Khabar Angin Jakarta Bakal Tenggelam Benar-Benar Akan Berlaku Tak Lama Lagi?