Gaji Ideal & Bermaruah Sepatutnya RM5,000 Ke Atas – Penganalisis Ekonomi

Business & FinancePersonal Finance
5 May 2025 • 2:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penganalisis Ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat kadar gaji ideal dan bermaruah bagi kategori bujang mahupun keluarga yang mempunyai dua anak sepatutnya berada dalam lingkungan RM5,000 ke atas.

Namun sudah tentu, ia bergantung kepada lokasi mengikut negeri-negeri di Malaysia serta perbandingan kos sara hidup antara bandar dan luar bandar.

image is not available

Katanya, data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan purata perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) bulanan bagi satu isi rumah dicatatkan sebanyak RM4,729 bagi tahun 2023.

PAKW di kawasan bandar pula adalah lebih tinggi berbanding luar bandar dengan nilai masing-masing RM5,040 dan RM3,631.

Pengkelasan B40, M40 dan T20 hanya berdasarkan pendapatan kasar isi rumah, dan ia bukan ukuran tepat untuk menganalisis dapatan tersebut kerana tidak mengambil kira kos sebenar sara hidup.

image is not available

Antara faktor penyumbang adalah kenaikan kadar inflasi yang biasanya berpunca daripada permintaan dan bekalan, kejatuhan nilai mata wang atau kebergantungan Malaysia terhadap import makanan dari negara luar.

image is not available 2 weeks ago

Masih Ada Majikan Degil Tak Bayar Pekerja Ikut Gaji Minimum RM1,700 - JTKSM