Gaji pokok cecah ratusan ribu, Aliff Syukri ditawar sebagai Ketua Pengarah Eksekutif

LocalBusiness & Finance
10 Feb 2025 • 11:42 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan popular, Dato Seri Aliff Syukri kini dilema selepas menerima tawaran pelantikan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) daripada sebuah syarikat yang menawarkan gaji dipercayai RM300,000.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff di laman Instagramnya, pihak syarikat tersebut percaya dengan kemahiran Aliff yang mampu untuk memberikan anjakan positif untuk membangun perniagaan mereka.

Aliff Syukri ditawar sebagai Ketua Pengarah Eksekutif

Instagram will load in the frontend.

“Patut ke saya ambil tawaran ini? Nak ke tak nak? Kang staf baru terus terkejut dengan makian papa ni,” ujarnya.

Sekiranya Aliff menerima tawaran tersebut, dia bakal menggalas tanggungjawab sebagai CEO pada 15 Februari ini dan elaun khas juga disediakan berjumlah RM15,000.

Aliff Syukri ditawar sebagai Ketua Pengarah Eksekutif

image is not available

Netizen cadang terima sahaja tawaran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dan mencadangkan supaya Aliff menerima tawaran tersebut berbanding bekerja keras untuk mengeluarkan lagu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Tak perlu terima, fokus pada bisnes Dato

Pun begitu, ada juga segelintir netizen menganggap gaji yang ditawar oleh syarikat terbabit buat Aliff tidak memadai dan meminta usahawan itu untuk terus fokus pada perniagaannya sendiri.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Aliff Syukri