Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Personal FinanceCars
15 May 2026 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

image.png

“Baru habis rekrut, gaji RM2,000, tapi dah sembang nak angkat Honda harga RM85,000.”

Itu luahan jujur seorang ejen jualan kereta di aplikasi Threads yang kini tular, selepas mendapati semakin ramai anak muda—terutamanya yang baru sahaja tamat latihan asas pasukan beruniform—tergesa-gesa mahu memiliki jentera import idaman malaya tersebut.

Bukan mahu menyekat minat, tetapi ejen berkenaan meluahkan rasa bimbang melihat trend anak muda yang sanggup menyerahkan separuh daripada gaji bulanan mereka semata-mata demi komitmen sebuah kenderaan.

"Jangan Hidup Semata-Mata Nak Bayar Kereta"image.png

Menurut ejen tersebut, situasi ini seolah-olah sudah menjadi satu 'budaya' di mana memiliki kereta jenama popular dianggap sebagai simbol kejayaan mutlak selepas mendapat pekerjaan tetap.

“Bukan tak boleh beli, tetapi kena tengok kemampuan sebenar. Gaji awak baru sekitar RM2,000 hingga RM2,300. Belajarlah menyimpan untuk masa depan dahulu. Mulalah dengan hanya berulang naik motosikal atau sekadar kereta bawah RM40,000,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa komitmen sebuah kereta bukan sekadar pada bayaran bulanan bank. Ramai pembeli muda terlupa tentang kos 'tersembunyi' lain seperti:

Insurans dan cukai jalan tahunan.

Kos penyelenggaraan (servis) dan tayar.

Sewa rumah dan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Simpanan kecemasan yang sepatutnya menjadi keutamaan.

"Umur 20 hingga 22 tahun ini sangat muda. Tak perlu bersaing siapa ada kereta mewah, tapi bersainglah untuk ada simpanan besar untuk tempoh lima tahun pertama," tambahnya lagi.

Netizen Setuju: "Kahwin Pinjam Tak Apa, Janji Kereta Honda"

Hantaran tersebut dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa tekanan sosial (social pressure) dan keinginan untuk kelihatan 'kaya' di media sosial telah merosakkan kewangan generasi muda.

Seorang pengguna Threads, sempat menyindir realiti pahit yang sering berlaku:

“Gaji baru nak rasa, tapi komitmen dah macam orang 10 tahun kerja. Lepas tu mengeluh hujung bulan tak cukup duit. Tup-tup buat pinjaman peribadi." ujarnya.

Srorang lagi pengguna Thread berkata:

"Sekarang ramai takut nampak tak ‘berjaya’ kalau pakai kereta biasa. Kahwin duit pinjaman tak apa, janji kereta Honda,” tulisnya berseloroh namun penuh sinis," tulisnya.

Kesimpulannya, ukurlah baju di badan sendiri. Memiliki kereta idaman tidak salah, tetapi biarlah pada waktu yang tepat agar tidak merana di kemudian hari. – 

View Original Article