Galaxy Buds Baharu Tertiris Dengan Rekaan Klasik Galaxy Buds+

TechnologyDigital
7 Sep 2023 • 6:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun depan Samsung pastinya akan melancarkan fon telinga baharu di bawah siri Galaxy Buds mereka. Minggu ini rekaan yang mungkin adalah Galaxy Buds3 telahpun tertiris menerusi laman Radio Research Agency (RRA) di Korea Selatan.

image is not available

Berdasarkan imej di atas, Buds3 kelak akan mengembalikan rekaan klasik Buds+ yang mempunyai bahagian pad sesentuh yang rata. Sekali imbas ia juga mirip rekaan putik telinga TWS keluaran Jabra. Dapat dilihat “sayap” kecil yang boleh dicangkuk ke dalam telinga supaya ia lebih sukar ditanggalkan. Sejak dua tahun lalu siri Galaxy Buds hadir dengan bahagian sisi yang berbentuk bulat.

image is not available

Walaupun nampak menarik, kami merasakan pad sesentuh sukar dibezakan daripada bahagian lain tubuh yang lain. Dengan adanya bahagian pad rata, jari dapat mencari bahagian pad sesentuh ini akan menjadi lebih mudah. Adalah dijangkakan Galaxy Buds3 akan dilancarkan bersama dengan siri Galaxy S24 pada tahun hadapan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved