Galaxy S23 jadi yang terawal terima Android 14 di Malaysia, ada penyunting video Studio

Digital
1 Nov 2023 • 1:23 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jika anda pengguna mana-mana siri Galaxy S23 (kecuali Galaxy S23 FE) di Malaysia, anda seharusnya sudah mendapat notis mengenai kemaskini One UI 6.0 telah tersedia untuk dimuat turun dan dipasang. Ia adalah sistem operasi yang dihasilkan Samsung, berasaskan Android 14. Boleh dikatakan, ini adalah model pertama di Malaysia secara rasmi menerima Android 14.

image is not available

Untuk Galaxy S23 Ultra, saiz muat turun fail One UI 6.0 ini adalah 3GB. Dalam notifikasi tersebut, ia turut menyenaraikan pelbagai pembaharuan yang dibawakan. Antaranya ialah:

Quick Panel

  • Susunan butang pantas baharu
  • Paparan gamabr album dipertingkat di panel notifikasi
  • Notifikasi kini boleh disusun mengikut masa diterima

Skrin Utama

  • Ikon lebih ringkas dengan label lebih pendek
  • Jenama “Samsung” dan “Galaxy” pada sesetengah ikon aplikasi dibuang

Multitasking

  • Sistem akan membiarkan tetingkap pop-up terbuka

image is not available
aplikasi Kamera baru

Kamera

  • Susunan aplikasi Kamera disusun semula
  • Widget khas Camera terdapat di skrin utama
  • Fungsi Imbas Dokumen kini dipertingkat untuk imbasan lebih baik
  • Tetapan Auto FPS baru untuk video
  • Sapu ke atas/bawah untuk bertukar kamera belakang/hadapan

Galeri

  • Ubahsuai pantas boleh dibuat di menu Details
  • Angkat dan Letak dengan dua tangan kini dibolehkan – sentuh dan tahan gambar dengan satu tangan, kemudian sapu ke album sasaran dengan tangan lain
  • Gambar potongan kini boleh disimpan sebagai pelekat

image is not available
Penyunting video, Studio

Studio (Video Editor)

Studio adalah aplikasi penyunting video berasaskan projek baru ditambah ke dalam One UI 6.0
Ia menggunakan garis masa untuk menyunting video, sama seperti Adobe Rush atau CapCut
Anda boleh menambah video, gambar, sarikata dan banyak lagi untuk menghasilkan video menarik

Samsung Internet

  • Anda kini boleh memainkan video di latar apabila membuka pelayar Samsung Internet

Airplane Mode

  • Peranti akan mengingati sama ada Bluetooth atau WiFi dihidupkan apabila mod Airplane digunakan di masa akan datang

Buat masa ini, kemaskini One UI 6.0 hanya terdapat di siri Galaxy S23 sahaja, tidak termasuk Galaxy S23 FE. Pastinya peranti flagship terbaru Samsung, Galaxy Z Fold 5 dan Z Flip 5 akan menerima kemaskini ini tidak lama lagi. Diikuti model Samsung yang lain selepas itu.

[Sumber: SoyaCincau]

Bacaan Berkaitan