Galaxy S23 termurah dilapor gunakan modul storan lebih perlahan berbanding varian lain

Digital
30 Jan 2023 • 9:01 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menghampiri hari pelancaran Galaxy S23, ada info baharu yang sedang tular tentang siri itu. Dikhabarkan yang Galaxy S23 varian 128GB iaitu model termurah dalam keluarga itu akan menggunakan modul storan UFS 3.1 berbanding UFS 4.0 pada varian lain sehingga ke Galaxy S23 Ultra.

Maklumat ini selari dengan tangkap layar gambar yang didakwa sebagai spesifikasi siri Galaxy S23. Di dalam gambar tersebut, kita boleh lihat yang Galaxy S23 adalah satu-satunya telefon yang ada storan 128GB dalam siri itu.

Teori menyatakan yang ia mungkin disebabkan Samsung tidak menhasilkan storan UFS 4.0 dalam kapasiti 128GB.

Sekiranya perkara ini memang berlaku, ia jelas menunjukkan bukan setakat Apple sahaja melakukan variasi kepada komponen dalam produk mereka, Samsung juga ada lakukannya. Paling penting adalah, asalkan telefon berfungsi seperti yang diiklankan.

Buat anda yang terlepas berita, Samsung telah mengumumkan modul storan UFS 4.0 dalam bulan Mei 2022 lalu dengan kapasiti sehingga 1TB. Tidak pula mereka kongsikan berapakah kapasiti minimum yang bakal mereka hasilkan.

Daripada segi manfaat, UFS 4.0 menawarkan lebar jalur perpindahan data sehingga 23.2 Gbps, dua kali ganda berbanding UFS 3.1.

image is not available

Apa manfaat UFS 4.0 kepada telefon?

Jalur perpindahan yang lebar bermakna pemerosesan data boleh dilakukan dengan lebih pantas seiring dengan meningkatnya clockspeed SoC masa ini. Ia mengurangkan risiko bottleneck berlaku disebabkan kemampuan sistem storan yang terhad.

Bukan setakat jalur perpindahan data dilebarkan, kelajuan membaca dan menulis data jenis sequential read turut meningkat sama.

Misalnya, UFS 4.0 menawarkan kadar baca sehingga 4.2GB/s sedangkan UFS 3.1 dan NVME berada pada sekitar 2.0GB/s.

Selain kelajuan, kecekapan penggunaan tenaga juga didapati telah ditambah baik, lebih spesifiknya adalah 46% lebih baik. UFS 4.0 menggunakan 1mA/s untuk perpindahan 6MB/s.

Namun, manfaat paling utama adalah UFS 3.0 bakal jadi lebih mampu milik dan mula diperturunkan kepada kelas midrange dan kebawah. Makanya, pengguna boleh menjangkakan prestasi telefon yang lebih baik untuk kelas-kelas ini.

Bacaan berkaitan