Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Apa yang sama dan apa yang berubah?

Digital
10 Jul 2024 • 9:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung Galaxy Z Fold 6 dan Galaxy Z Flip 6 sudahpun dirasmikan di acara Unpacked 2024. Apa kelainan yang mereka bawakan berbanding generasi terdahulu?

image is not available

Jadi saya ada sertai satu sesi demonstrasi tertutup untuk model baharu ini beberapa hari sebelum Unpacked 2024. Masalanya saya tak dibenar ambil gambar slaid yang mengandungi spesifikasi teknikal. Dengan tempoh masa yang sangat terhad, ini saya kongsikan beberapa nota yang sempat saya catatkan.

Rekaan diselarikan dengan siri Galaxy S24

Secara asasnya, ada perubahan fizikaliti pada Z Fold dan ZFlip 6 berbanding generasi sebelumnya. Tidaklah ketara tapi ada iaitu badannya kini ada sisi yang lebih tajam. Mungkin Samsung nak selarikan rekaan siri Galaxy Z kali ini dengan keluarga Galaxy S24.

image is not available

image is not available

Galaxy Z Fold6 kini 14g lebih ringan dan ia seberat 239g. Kemudian, komponen engsel kedua-dua telefon telah ditambah baik. Samsung katakanyang engsel kali ini menggunakan konsep dual hinge. Adakah ketahanan nyata ditambah baik? Info ujian engsel tidak pula dikongsikan.

image is not available

image is not available

Z Fold 6 ada paparan lebih cerah

Paparan utama Z Fold6 diberikan panel lebih cerah. Generasi lepas ada kecerahan puncak 1,750nits, kali ini ia boleh pergi sampai 2,600nits. Skrin kedua pula sedikit lebih besar sebanyak 0.1". Di Z Flip6 pula, tiada perubahan ketara dilihat kecuali saya mendapat berita yang panel papran luar ini bukan lagi menggunakan panel OLED sebaliknya panel IPS sahaja.

image is not available

Tiada perubahan kamera Samsung buat pada Z Fold6. Jadi ia kekal mengguna pakai kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12MP, kamera telefoto 12MP. Satu lagi kamera 10MP terdapat di skrin depan manakala 4MP pula ada di bahagian dalam.

image is not available

Berbeza pula dengan Z Flip6, ada perubahan kamera. Kamera utama telefon ini naik kepada 50MP daripada 12MP.

Z Flip 6 ada bateri lebih besar

Lagi yang dinaik taraf ialah kapasiti bateri daripada 3,700mAh kepada 4,000mAh. Z Fold 6 tak pula ada perubahan pada bateri iaitu 4,400mAh. Malangnya, pengecasan kekal pada 25W seperti sebelumnya.

image is not available

Satu benda yang wow dengan Z Flip6 ialah aksesori casing yang boleh anda dapatkan. Demonstrasi nya ditunjukkan ialah casing bercahaya tanpa sebarang bateri. Mungkin ia gunakan ciri reverse wayarles charging untuk kuasakan lampu LED pada casing.

Siri Galaxy Z 2024: Perubahan minimum?

Secara kasarnya, didapati yang perubahan minimum diperhatikan untuk fizikaliti siri Galaxy Z tahun ini daripada segi fizikal. Rekaannya lebih kohesif dengan siri Galaxy S24 sedia ada, namun perubahan yang dialu-alukan daripada luar ialah Z Flip 6 yang gegelang kameranya berwarna sama dengan panel belakang.

Di bahagian dalam, penggunaan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy pastikan mereka kekal releven dalam pasaran. Walau bagaimanapun, sistem pengecasan pantas yang masih kekal di 25W adalah sesuatu yang, pada saya, agak menjengkelkan kerana ia kekal untuk beberapa generasi tanpa naik taraf.

Seperti siri Galaxy S24, siri Galaxy Z 2024 kali ini lebih menumpukan kepada menularkan Galaxy AI ke segenap pelosok penggunaan telefon. Mana tidaknya, dengan revolusi AI menular dalam kehidupan seharian, Samsung ingin jadi yang merintis laluannya kepada anda.

Anda boleh baca tentang ciri-ciri baharu Galaxy AI dalam artikel di bawah.\

Bacaan berkaitan