“Gambar Anak Dan Isteri Aku Pun Kena Edit” – Lando Zawawi Ajak Bersemuka Jika Tak Puas Hati!

LocalEntertainment
6 Feb 2025 • 5:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
lando zawawi edit

Pelakon dan aktivis jalan raya, Lando Zawawi menyelar tindakan segelintir individu yang menyunting foto keluarganya dengan cara yang tidak sepatutnya.

Bagi Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, perbuatan tersebut bukan sahaja kurang sopan tetapi juga melampaui batas.

Lando akan ambil tindakan undang-undang!

image is not available

Menurut laporan mStar, Lando menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini masih berterusan.

Berhati-hati la ya, jangan sampai saya terpaksa ambil tindakan pula selepas ini sebab melibatkan keluarga saya pun ada. – Katanya

Lando ajak untuk bersemuka..

image is not available

Beliau turut kesal apabila melihat gambar isteri dan anak-anaknya disunting dengan cara yang tidak wajar, malah wajahnya turut digunakan untuk tujuan yang tidak elok.

Saya mungkin tak terkesan, tapi saya risau dengan anak dan isteri saya. Kalau ada yang tak puas hati, boleh saja jumpa depan-depan, kita bincang. – Lando

#ApaKataOhmedia

Tindakan seperti ini jelas melampaui batas dan tidak menghormati privasi keluarga seseorang. Semoga pihak yang terlibat segera berhenti daripada melakukan perkara tidak bermoral ini sebelum dikenakan tindakan lebih tegas!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar & Lando Zawawi


The post

appeared first on

.

View Original Article