Gambar Di Google Photos Boleh Disunting Menggunakan Arahan Suara

Digital
21 Aug 2025 • 9:13 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tak semua orang mempunyai kepakaran menyunting gambar di dalam Lightroom. Snapseed atau Instagram. Bagi insan yang tiada kemahiran ini, ciri terbaru Google Photos membolehkan suntingan dilakukan dengan hanya bercakap dengan aplikasi.

image is not available

Ciri “Edit by asking” dilancarkan awal pagi tadi semasa pengumuman siri Google Pixel 10. Ciri baharu ini membolehkan pengguna memberikan arahan biasa untuk melakukan suntingan. Google Gemini digunakan untuk memahami arahan diberikan dan kemudian menyunting secara automatik.

Pengguna boleh mengarahkan silau atau pantulan dibuang, membaikpulih gambar-gambar lama dan membuang elemen di latar belakang. Setiap gambar yang disunting dengan ciri AI kini akan dibenamkan dengan tera air C2PA (Coalition for Content Provenance and Authenticity )yang boleh dibaca terus dari dalam Photos. Siri Pixel 10 ialah yang pertama daripada Google yang menyokong piawaian pengesahan ketulenan C2PA.

Piawaian ini turut disokong Adobe, Microsoft, Sony, Meta, BBC, ARM, Intel, TruPic dan Twitter. Ia ditubuhkan bagi membangunkan piawaian industri untuk mengenalpasti dan melabel kandungan yang dijana oleh AI generatif.