Gambar Dipapah ‘Ayah’ Runtun Hati Ramai, Pemuda Pengsan Ketika Berkawad Rupanya Yatim Piatu

21 Jul 2022 • 10:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Gambar Dipapah ‘Ayah’ Runtun Hati Ramai, Pemuda Pengsan Ketika Berkawad Rupanya Yatim Piatu

Hari ini tular beberapa keping foto aksi menyentuh hati seorang warga emas yang dipercayai bertindak memapah anaknya yang pengsan ketika berkawad sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang pagi tadi.

Turutan gambar yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu memperlihatkan kasih sayang tidak terhingga seorang ayah.

image is not available
Gambar: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Justeru tidak hairanlah jika ia berjaya ‘mengusik’ hati netizen, bahkan sehingga membuatkan air mata berguguran.

Bagaimanapun, kisah di sebalik gambar itu lebih memilukan kerana pemuda tersebut sebenarnya yatim piatu dan ‘ayah’ yang memapahnya adalah bapa saudaranya.

image is not available
Gambar: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi perkongsian di Facebook sebentar tadi.

Asyraf juga berkata pemuda yang dikenali sebagai Nik Mohd Adhar itu merupakan anak angkatnya yang kini bertugas sebagai Penguatkuasa KPDNHEP di Tawau, Sabah.

Menurutnya, Nik Adhar adalah anak yatim piatu sejak sekolah lagi dan dijaga oleh bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob.

“Nama beliau adalah Nik Mohd Adhar. Beliau merupakan anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.

“Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau jatuh pitam seketika ketika berkawad pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibubapa Nik Adhar,” katanya.

image is not available
Gambar: Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Tambahnya lagi, beliau juga telah menghubungi Nik Adhar untuk bertanya khabar dan rupanya pemuda itu demam ketika berkawad pagi tadi.

“Moga Allah beri kesembuhan yang sempurna kepadanya,” ujarnya.

Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat ribuan tanda suka dan dihujani dengan pelbagai komen dari netizen yang sebak melihat gambar-gambar tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

@utusantvofficial

Replying to @rajagift0 . Ni min repost balik video milik @zamanajmain . Marilah sama2 mata masuk habuk. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia

♬ Yasir Lana – arief akdw

View Original Article