Gambar kucing tergantung di belakang kereta, pemilik nafi dera kucing

9 Aug 2024 • 9:02 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Semalam, gambar seekor kucing tergantung di belakang sebuah kereta pacuan empat roda yang sedang bergerak telah tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi daripada orang awam.

Ada yang mendakwa pemiliknya sengaja mendera haiwan itu. Namun, pemiliknya tampil membuat laporan polis bagi menafikan dan menjelaskan kejadian sebenar.

Dalam kejadian yang berlaku di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, pengadu menjelaskan kucing itu masih hidup dan telah dirawat.

Difahamkan, kucing tersebut sebenarnya dalam perjalanan ke klinik haiwan untuk dimandulkan kerana ia sering berkeliaran dan mengandung. Anak-anaknya yang baru dilahirkan sebelum itu juga telah mati kerana tidak dijaga oleh induknya sendiri.

Dua hari sebelum kejadian, pengadu telah membuat temujanji dengan klinik haiwan pada 8 Ogos untuk memandulkan kucing tersebut.

Pada hari kejadian, pengadu meletakkan kucingnya di bahagian belakang kereta milik rakannya untuk dibawa ke klinik. Sebaik saja tiba di klinik, pengadu terkejut apabila mendapati kucingnya berada dalam keadaan tergantung, yang dipercayai melompat keluar ketika kereta sedang bergerak.

Pegnadu segera membuka ikatan tali dan meminta doktor di klinik haiwan itu menyelamatkan kucingnya.

Proses memandulkan kucing itu telah ditunda sehingga ia sihat kembali dan kini kucing tersebut telah dibawa pulang ke rumah setelah menjalani rawatan.

Pengadu berharap orang ramai tidak membuat spekulasi yang tidak berasas dan memahami bahawa kejadian tersebut adalah satu kemalangan yang tidak disengajakan.