Gambar mesra tersebar, netizen dakwa Amir Ahnaf alami culture shock

LocalEntertainment
14 Aug 2024 • 10:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Netizen mendakwa Amir Ahnaf alami culture shock selepas beberapa gambar mesranya bersama seorang wanita tersebar susulan pendedahan yang dibuat oleh individu terbabit.

Gambar mesra tersebar

Dalam perkongsian di TikTok milik pengguna dikenali sebagai guinevere119, dia mendakwa sudah setahun menanti pelakon berkenaan namun merasakan kehidupan mereka tidak sekufu.

image is not available

Dakwa Amir Ahnaf alami culture shock datang KL?

Susulan daripada perkongsian berkenaan, netizen di media sosial mulai meninggalkan pelbagai komen berkenaan pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menerusi ciapan yang dibuat pengguna X, dia mendakwa bahawa Amir mungkin mengalami kejutan budaya dan akui tidak terkejut dengan perubahan tersebut.

image is not available

Tuduh Amir Ahnaf alami culture shock, pukul rata orang lain juga

Dia juga seakan memukul rata mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur dengan mengatakan akan mengalami kejutan budaya jika berada di ibu kota berkenaan.

“Amir Ahnaf ni boleh jadi alami kejutan budaya. Memang orang luar KL ni kalau depa datang KL, habis rosak dah. Agama tang semua la ditinggal belakangnya.

“Hang mai KL jangan bawa diri sangat, iman tu bro. Anyways, aku kecewa sangat tapi tak terkejut pun,” tulis pengguna X tersebut.

Ada yang setuju juga

Ciapan berkenaan telah mendapat respon daripada warganet apabila meninggalkan komen yang pelbagai berhubung kenyataan dibuat pengguna X tersebut.

Walaupun ada di antara mereka masih terkejut dengan isu yang tular tentang bekas peserta Hero Remaja itu, namun ada juga yang menafikan tuduhan tentang culture shock berkenaan dakwaan orang luar dari Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan pengguna media sosial terbabit.

image is not available

Kecewa sangat bila idola ada isu macam tu?

image is not available

Ada je yang tak kejutan budaya

image is not available

Ramai yang kecewa ke dengan Amir Ahnaf?

image is not available

Terdahulu, tular dakwaan bahawa Pemilik nama sebenar, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin seakan mempermainkan hati seseorang apabila dikatakan telah mempunyai teman wanita baharu.

Pendedahan tersebut dibuat selepas terpaksa melupakan pelakon lelaki itu kerana orang ramai sudah mengetahui hubungan Amir dengan wanita lain.

Dia juga menyedari dirinya tidak sekufu dengan pelakon tersebut.

Sumber: X mingshr4