Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M didakwa palsu

20 Feb 2024 • 8:53 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa adalah palsu.

KUALA LUMPUR - Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa adalah palsu.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial terutamanya membabitkan berita palsu sedemikian.

Sinar Harian pada 13 Februari lepas melaporkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Iinstitut Jantung Negara (IJN).

Dr Mahathir, 98. juga akan berehat untuk satu tempoh bagi proses pemulihan.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.

Sementara itu, pihak IJN akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan Dr Mahathir dalam masa terdekat. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved