Game Over – Acara E3 2023 Dibatalkan Selama-Lamanya

TechnologyGamingDigital
12 Dec 2023 • 11:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak 1995, acara Electronic Entertainment Expo atau lebih dikenali sebagai E3 berlangsung dengan ia menjadi platform utama konsol dan permainan video baharu diumumkan oleh syarikat-syarikat besar. Hari ini ESA yang merupakan penganjur E3 mengumumkan acara tahun ini dibatalkan selama-lamanya.

Kali pertama ia dibatalkan ialah pada tahun 2020 disebabkan pandemik sebelum kembali sebagai acara maya pada tahun berikutnya. Kemudian acara 2022 dan 2023 turut dibatalkan disebabkan oleh pembatalan penglibatan beberapa syarikat penerbitan utama seperti Xbox dan Ubisoft.

image is not available
E3 2016 di LA Convention Center

Dengan pengumuman boleh dilakukan secara atas talian dan demo diberikan terus kepada pengguna,acara fizikal seperti E3 tidak lagi serasi dengan keperluan semasa serta memerlukan kos yang tinggi kepada penerbit. Beberapa acara baharu seperti Nintendo Direct dan PlayStation Showcase menjadi pesaing yang mempercepatkan kematian E3 sebagai acara gaming terbesar di Amerika Utara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved