Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih

20 Sep 2022 • 5:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perasaan waris mangsa MH370 terguris

Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih. Sudah genap lapan tahun tragedi kehilangan pesawat MH370 selepas kali terakhir menuju ke Beijing pada tahun 2014.

Sehingga kini ramai yang berkongsi teori konspirasi dari sudut pandangan berbeza bahkan ada juga yang mendakwa telah memecahkan rahsia di mana keberadaan pesawat itu.

Namun, semua pendapat itu hanyalah andaian semata-mata dan keberedaan penumpang dan juga anak kapal masih kekal misteri sehingga sekarang.

image is not available
Ganggu Emosi Keluarga, Waris MH370 Berang Princemeed Sebar Maklumat Tidak Sahih

Sekadar teori berpandukan Google

Tular baru-baru ini menerusi satu rakaman video waris keluarga mangsa MH370 dakwa seorang pencipta kandungan Princemeed sebar teori konspirasi yang tidak tepat sehingga memberi kesan kepada keluarga waris.

Kredit: Youtube

Kau boleh nampak tak kesan apa yang kau buat pada keluarga aku. Kau ingat senang ke aku nak pujuk mak aku bagi dia tenang balik.

Waris mangsa MH370

Princemeed yang dikatakan membuat penyelidikan menerusi Google itu membuatkan emosi keluarganya terganggu lagi-lagi ibunya yang baru sahaja pulih kini kembali murung.

image is not available
Mangsa MH370. Kredit foto: Awani

Dia juga berasa tertekan apabila ada segelintir masyarakat di media sosial mendakwa keluarga waris MH370 itu telah mendapat duit pampasan sehingga tidak mendedahkan perkara sebenar.

Waris juga membidas kenyataan itu kerana sama sekali tidak benar dan sehingga kini mereka hidup seperti biasa tanpa kemewahan yang dikatakan.

Terdahulu, satu hantaran telah disebar luas mengatakan mangsa MH370 masih hidup dan mendakwa mereka kini tinggal di sebuah kepulauan yang dinamakan Diego Garcia.

image is not available
Serpihan badan pesawat yang dijumpai. Kredit foto : ExpressUK

Jika anda ingin tahu kisah misteri kehilangan pesawat MH370, boleh baca di sini:

View Original Article