Ganggu Kuliah Subuh, Penjaga Stor Ditahan

9 Aug 2022 • 7:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Seorang penjaga stor ditahan selepas dipercayai mengganggu kuliah subuh di Surau Baitul Ehsan, Ampang, di sini, semalam. - Gambar hiasan dari fail

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga stor ditahan selepas dipercayai mengganggu kuliah subuh diadakan di Surau Baitul Ehsan, Ampang, di sini, semalam.

Kejadian tersebut berlaku apabila suspek berusia 34 tahun berkenaan datang ke surau terbabit, sebelum secara biadab merampas mikrofon daripada penceramah yang sedang menyampaikan kuliah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek menjerit dengan mengatakan kuliah itu terlalu bising dan menganggunya.

“Tindakan tidak beradab lelaki berkenaan mengganggu tempat ibadah dan jemaah yang lain.

“Bagaimanapun, jemaah surau telah bertindak menghalangnya melakukan perkara yang lebih buruk dan meminta dia meninggalkan surau tersebut dengan cara baik,” katanya hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada laporan diterima, polis menahan suspek yang bekerja sebagai penjaga stor di Jalan Ikan Emas Mesra, Ampang kira-kira jam 7 malam semalam.

“Pemeriksaan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah dan ugutan jenayah.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.

Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1956 kerana berkelakuan mengaibkan. - Getaran, 9 Ogos 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved