Ganggu Lalulintas, Kenderaan Parking ‘Merata’ Depan Summermall Undang Geram Netizen

17 Dec 2022 • 8:23 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempat letak kenderaan dah disediakan, tapi nak jugak parking tepi jalan.

Ganggu Lalulintas, Kenderaan Parking ‘Merata’ Depan Summermall Undang Geram Netizen. Baru-baru ini Samarahan telah dimeriahkan dengan sebuah festival makanan yang diadakan di Summermall bermula pada 10 Disember 2022.

Walaupun Food Festival yang diadakan di perkarangan Summermall sudah habis, namun ianya masih membuatkan netizen geram dengan tindakan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab meninggalkan kenderaannya parking merata di tepi jalan.

image is not available
Ganggu Lalulintas, Kenderaan Parking ‘Merata’ Depan Summermall Undang Geram Netizen. Sumber: Facebook

“Kalau dapat parking masuk stall terus” -netizen

Menerusi perkongsian di Facebook, beberapa gambar telah dimuatnaik dimana individu ini merasa kurang menyenangkan apabila dia dan beberapa pemandu lain mengalami kesukaran untuk bergerak di sekitar kawasan itu.

Dalam perkongsian gambar tersebut, dilihat beberapa buah kenderaan lain berhenti di tepi jalan hingga ‘memakan’ dua lorong jalan untuk singgah ke food festival tersebut dan menyebabkan kesesakan lalulintas.

image is not available
Sumber: Facebook

Parking hingga memakan dua lorong di jalan menyebabkan jalan sesak

Sedangkan di dalam bangunan Summermall tersebut, terdapat banyak tempat letak kenderaan yang kosong disediakan untuk pengunjung yang singgah ke Food Festival berikut.

Tambahan di ruangan komen pula, rata-rata netizen turut geram dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab seperti tidak memberikan signal dan tidak mengendahkan pemandu di belakang ketika hendak keluar lorong di hadapan Summermall.

image is not available
Sumber: Facebook

View Original Article