Gangguan bekalan air di 188 kawasan Hulu Selangor

5 Aug 2022 • 11:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sebanyak 188 kawasan di Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 9 hingga 11 Ogos.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa, 9 Ogos ini. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi laman Facebook rasmi pada Jumaat memaklumkan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan itu akan bermula pada 9 pagi dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 pagi, 11 Ogos. "Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dan pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” menurut Air Selangor. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual boleh didapati di pautan https://hentitugas.airselangor.com/?lang=ms. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved