Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Sejumlah Kawasan Kuala Lumpur Akibat Pembaikan Paip Pecah

TechnologyDigital
8 Oct 2024 • 1:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan bahawa sebahagian kawasan wilayah Kuala Lumpur mengalami gangguan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi Selasa sehingga 9 Oktober 2024 (Rabu). Punca insiden ini adalah disebabkan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Hub Pasar Seni, Kuala Lumpur. Sebanyak 29 kawasan di sekitar ibu negara terlibat seperti yang disenaraikan dalam imej di bawah.

image is not available

Menurut Air Selangor, bekalan air dijangka pulih sepenuhnya esok pada jam 1 petang, 9 Oktober selepas sistem agihan utama bekalan kembali pulih. Tempoh masa pemulihan bekalan air bagaimanapun berbeza bergantung kepada jarak kawasan-kawasan yang terjejas dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Bantuan altenatif melalui lori-lori tangki air turut disediakan dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan berlaku.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved