Gangguan Bekalan Elektrik, 11 Stesen LRT Terjejas 

27 Jul 2022 • 2:44 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gangguan elektrik yang berlaku telah menyebabkan operasi 11 perkhidmatan LRT terjejas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Operasi sebelas stesen bagi LRT Laluan Ampang/Sri Petaling antara yang dilaporkan terjejas, susulan masalah bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang.

Jurucakap Rapid Rail Sdn Bhd berkata, ia melibatkan stesen di Stesen LRT Bandar Tun Razak sehingga Stesen LRT Pusat Bandar Puchong.

“Akibat masalah ini, tren bergerak dengan lebih perlahan dan berhenti lama di platform,” katanya hari ini.

Menurut beliau, penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma dan perlu ditebus di kaunter khidmat pelanggan.

“Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 1.35 tengah hari tadi,” katanya. - Getaran, 27 Julai 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved