Gangguan Bekalan Elektrik Di San Francisco Dedahkan Kelemahan Roboteksi

LocalTechnology
22 Dec 2025 • 5:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ramai menyangka kelemahan kereta swapandu ialah hilang sistem GPS, cuaca buruk dan kon jalan raya. Di San Francisco pada hujung minggu lalu, Tumit Achilles baharu sistem swapandu Waymo dikesan dan ia adalah gangguan bekalan elektrik.

image is not available

Gangguan bekalan elektrik pada waktu malam di San Franciso hujung minggu lalu menyebabkan lampu isyarat tidak berfungsi di sebahagian besar kawasan dalam bandaraya di California ini. Puluhan roboteksi Wayno terus gagal berfungsi kerana tidak tahun meneruskan perjalanan tanpa lampu isyarat. Akibatnya Waymo menggantung perkhidmatan teksi mereka di Bay Area selama lebih sehari dengan ia hanya kembali beroperasi beberapa jam lalu.

Kebakaran di sebuah substesen kuasa milik Pacific Gas and Electric (PG&E) menyebabkan bekalan elektrik ke lebih 130,000 pelanggan terganggu pada hari Sabtu. Sebab kebakaran masih belum diketahui tetapi bekalan kuasa sudah kembali kepada normal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved